image.jpg

Derginin Adı: The International Research Journal of Education and Sciences (IRJES)
Cilt: 2020/4
Sayı: 2
Makale Başlık: Hubungan Penglibatan Ibu Bapa Dan Peranan Guru Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah
Makale Alternatif Dilde Başlık: Alternatif dilde başlık bulunmamaktadır. There is no article title in another language.)
Makale Eklenme Tarihi: 4.11.2020
Okunma Sayısı: 0
Makale Özeti: Keputusan pencapaian akademik yang diperolehi oleh setiap pelajar didalam peperiksaan awam di sekolah adalah berbeza antara satu sama lain. Perbezaan pencapaian ini disebabkan oleh pelbagai faktor persekitaran dalam kehidupan harian pelajar itu sendiri. Oleh itu, kajian deskriptif ini akan melihat hubungan penglibatan ibu bapa dan peranan guru dengan pencapaian akademik pelajar menengah rendah. Kajian kuantitatif bukan eksperimental dipilih dengan menggunakan borang soal selidik untuk mengutip data. Seramai 269 sampel yang merupakan pelajar Tingkatan 2, di lima buah sekolah di daerah Ranau telah dipilih secara rawak mudah. Nilai kebolehpercayaan soal selidik yang digunakan adalah diantara 0.800 – 0.823 Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Science Social (SPSS) Version 26. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara komunikasi (r= .790**, p= .000), penyediaan suasana pembelajaran (r= .726**, p= .000) dan sokongan ibu bapa di rumah (r= .808**, p= .000) dengan pencapaian akademik pelajar. Manakala kualiti pengajaran (r= .715**, p= .000) dan kesesuaian aras pengajaran (r= .776**, p= .000) oleh guru menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar.
Alternatif Dilde Özet: Alternatif dilde abstract bulunmamaktadır. (There is no abstract in another language.)

PDF Formatında İndir

Download PDF