image.jpg

Derginin Adı: The International Research Journal of Education and Sciences (IRJES)
Cilt: 2020/4
Sayı: 2
Makale Başlık: Hubungan Motivasi, Kecerdasan Emosi Dan Efikasi Dengan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Rendah
Makale Alternatif Dilde Başlık: Alternatif dilde başlık bulunmamaktadır. There is no article title in another language.)
Makale Eklenme Tarihi: 5.11.2020
Okunma Sayısı: 0
Makale Özeti: Tugas dan tanggungjawab guru di sekolah bukan sahaja merangkumi tugas akademik malahan juga tugas bukan akademik. Masyarakat menganggap bahawa tanggungjawab yang dipikul oleh guru di era dunia yang sentiasa berubah kini menuntut pihak guru memikul tugas yang mencabar sehingga menjadi bebanan yang amat berat kepada mereka. Kesan tekanan pekerjaan tidak boleh dipandang ringan kerana tekanan boleh menjejaskan psikologi Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara motivasi, kecerdasan emosi dan efikasi terhadap kepuasan guru sekolah rendah di daerah Ranau, Sabah. Reka bentuk kajian ini ialah kuantitatif bukan eksperimen iaitu berbentuk kajian deskriptif dan kajian korelasi. Seramai 297 orang responden dipilih dari populasi seramai 1308 orang dari 71 buah sekolah rendah yang terdapat di Daerah Ranau, Sabah menggunakan pensampelan rawak berkelompok. Soal selidik yang digunakan adalah Job Descriptive Index (JDI), Multifactor Emotional Intellegence Scale (MEIS), Teacher Sense Efficacy Scale dan Job Satisfaction Index (JSI). Tahap motivasi, efikasi dan kepuasan guru adalah pada tahap tinggi kecuali kecerdasan emosi berada pada tahap sederhana. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS) Version 26. Hasil analisis ANOVA sehala mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan motivasi, kecerdasan emosi dan efikasi berdasarkan umur dan tahun pengalaman. Analisis ujian korelasi pula mendapati bahawa terdapat hubungan positif kuat yang signifikan antara motivasi, kecerdasan emosi, efikasi dengan kepuasan kerja. Berdasarkan dapatan kajian, antara implikasi kajian yang boleh diberi perhatian ialah amalan dan budaya yang telah meningkatkan tahap kepuasan guru di Daerah Ranau perlu dikekalkan, sebaliknya pihak pengurusan sekolah perlu melihat semula langkahlangkah yang perlu dilaksanakan bagi meningkatkan lagi tahap kepuasan guru dalam aspek-aspek tertentu yang tahapnya masih rendah berbanding dengan yang lain.
Alternatif Dilde Özet: Alternatif dilde abstract bulunmamaktadır. (There is no abstract in another language.)

PDF Formatında İndir

Download PDF