image.jpg

Derginin Adı: The International Research Journal of Education and Sciences (IRJES)
Cilt: 2020/4
Sayı: 2
Makale Başlık: Peranan Peserta Dalam Bahasa Sembang Whatsapp Berdasarkan Kerangka Standard Bahasa Melayu
Makale Alternatif Dilde Başlık: Alternatif dilde başlık bulunmamaktadır. There is no article title in another language.)
Makale Eklenme Tarihi: 5.11.2020
Okunma Sayısı: 0
Makale Özeti: Pembangunan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) merupakan usaha ulung kerana bahasa Melayu masih belum mempunyai kerangka sebagaimana bahasa Inggeris yang mempunyai kerangka The Common European Frame Work of Reference for Language (CEFR). Kajian ini dilakukan untuk menjelaskan peranan peserta dalam peristiwa bahasa sembang WhatsApp berdasarkan KSBM. Dalam kajian ini, responden yang terlibat seramai 149 orang yang terdiri daripada pensyarah dan staf pengurusan Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus, Terengganu. Jenis kajian ini ialah kajian kualitatif. Teori yang digunakan dalam kajian ini ialah Teori Etnografi Komunikasi oleh Hymes (1974). Tempoh masa data yang dikutip selama satu bulan bermula 1 Februari 2020 hingga 29 Februari 2020. Kutipan data dilakukan melalui pemerhatian ikut serta. Data dianalisis melalui analisis bertema. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peserta berperanan dalam mempengaruhi sembang melalui WhatsApp. Oleh sebab sembang tersebut dilakukan dalam suasana tidak formal, isu perbualan adalah pelbagai seperti isu berkaitan tempat kerja, nasihat-menasihati, makanan, aktiviti harian dan lain-lain lagi. Penyingkatan perkataan dilakukan untuk memudah dan mempercepat ahli kumpulan berinteraksi. Singkatan lazim kolokokial juga digunakan secara berleluasa. Komunikasi berlangsung dalam suasana tidak formal. Peranan peserta begitu mempengaruhi topik perbualan antara pemeran yang bersembang. Oleh sebab pemeran yang bersembang di WhatsApp terdiri dalam kalangan staf akademik dan staf pengurusan, penggunaan bahasa mereka KSBM ialah pada tahap tahap pertengahan iaitu 3 dan 4.
Alternatif Dilde Özet: Alternatif dilde abstract bulunmamaktadır. (There is no abstract in another language.)

PDF Formatında İndir

Download PDF