Derginin Adı:
|
The International Research Journal of Education and Sciences (IRJES)
|
Cilt:
|
2020/4
|
Sayı:
|
2
|
Makale Başlık:
|
No One Left Behind, Membina Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS): Penelitian Awal Dari Sudut Pandangan Seorang Pendidik
|
Makale Alternatif Dilde Başlık:
|
Alternatif dilde başlık bulunmamaktadır. There is no article title in another language.)
|
Makale Eklenme Tarihi:
|
5.11.2020
|
Okunma Sayısı:
|
0
|
Makale Özeti:
|
Artikel ini membincangkan mengenai Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) yang perlu diterapkan dalam membina minat dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran berunsurkan sejarah. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) sebagai mekanisma yang mampu memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini. Namun fenomena semasa ialah tanggapan pelajar yang menyatakan bahawa mata pelajaran berorientasikan sejarah sebagai membosankan. Justeru itu, KPS mampu merangsang kemahiran berfikir pelajar secara kritis dan analitis. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian intelek para pelajar dan menjadikan sejarah sebagai satu mata pelajaran yang menyeronokkan. KPS juga membolehkan pelajar-pelajar meneroka idea yang kompleks dan abstrak melalui lima proses meliputi kemahiran memahami kronologi, meneroka bukti, membuat interpretasi, membuat imaginasi dan membuat rasionalisasi. Analisis data dibuat berdasarkan pekeliling, buku, jurnal dan kajian lepas. Penelitian awal jelas menunjukkan bahawa golongan pendidik masih menghadapi kekangan dalam mengaplikasikan KPS. KPS diharapkan dapat memberi manfaat kepada para pendidik dalam menggunakan pelbagai alternatif dalam pembelajaran, pengajaran dan pemudahcaraan (Pdpc) sejajar dengan norma baharu. KPS juga merupakan elemen penting dalam menerapkan semangat patriotisme dan bagi persediaan mendepani survival dan peluang Revolusi Perindustrian 4.0.
|
Alternatif Dilde Özet:
|
Alternatif dilde abstract bulunmamaktadır. (There is no abstract in another language.)
|