image.jpg

Derginin Adı: The International Research Journal of Education and Sciences (IRJES)
Cilt: 2020/4
Sayı: 2
Makale Başlık: Pembangunan Kompetensi Global Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru Di Malaysia Bagi Mendepani Cabaran Pendidikan Era Revolusi Industri. Satu Kajian Kes
Makale Alternatif Dilde Başlık: Alternatif dilde başlık bulunmamaktadır. There is no article title in another language.)
Makale Eklenme Tarihi: 5.11.2020
Okunma Sayısı: 0
Makale Özeti: Perkembangan Revolusi Industri 4.0 turut memberi impak kepada pendidikan di mana-mana negara di dunia ini.Bagi mendepani cabaran pendidikan dalam situasi yangketidaktentuan dan kompleks, guru di sekolah perlu mempunyai kompetensi global. Kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kes ini dilaksanakan bertujuan untuk meneroka program pembangunan kompetensi global dalam kalangan guru pelatih IPG di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail bagi mendepani cabaran pendidikan Era Revolusi Industri. Peserta kajian yang dipilih berdasarkan kaedah pensampelan bertujuan terdiri daripada 9 orang guru pelatih Semester 8 daripada setiap opysen. Pengumpulan data adalah melalui temu bual secara atas talian menggunakan whatapps/telegram dan juga analisis dokumen. Data dianalisis dengan menggunakan pendekatan bertema. Triangulasi data dibuat bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian. Hasil analisis mendapati program latihan perguruan di IPG berupaya membangunkan kompetensi global guru pelatih melalui pelaksanaan kurikulum, aktiviti kokurikulum serta penglibatan dengan masyarakat luar. Namun begitu, penglibatan peserta kajian secara langsung dalam masyarakat pelbagai budaya di peringkat antarabangsa masih kurang diberi pendedahan terutama daripada aspek kepimpinan di peringkat antarabangsa. Kajian ini memberi implikasi kepada penambahbaikan program latihan perguruan dan peluang kepada guru pelatih yang lebih fleksibel bagi meningkatkan kompetensi global guru pelatih untuk masa akan datang.
Alternatif Dilde Özet: Alternatif dilde abstract bulunmamaktadır. (There is no abstract in another language.)

PDF Formatında İndir

Download PDF