image.jpg

Derginin Adı: The International Research Journal of Education and Sciences (IRJES)
Cilt: 2020/4
Sayı: 2
Makale Başlık: Kebolehlaksanaan Team Mate PBD 2.0 : Program Penjenamaan Semula Pentaksiran Bilik Darjah 2.0
Makale Alternatif Dilde Başlık: Alternatif dilde başlık bulunmamaktadır. There is no article title in another language.)
Makale Eklenme Tarihi: 5.11.2020
Okunma Sayısı: 0
Makale Özeti: Pentaksiran Bilik Darjah merupakan pentaksiran secara formatif dan sumatif, berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi memperolehi maklumat mengenai perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. Terdapat beberapa cabaran dalam kalangan guru untuk melaksanakan PBD seperti penyediaan instrumen, dokumen berkaitan dan sokongan dari pihak pentadbir dan rakan guru. Bagi menangani cabaran tersebut, penjenamaan semula PBD 2.0 melalui penubuhan Team Mate PBD 2.0 dicadangkan bagi menambahbaik kualiti pentaksiran. Team Mate PBD 2.0 melibatkan 5 buah sekolah yang mempunyai demografi yang sama , berkolaborasi menghasilkan satu modul PBD 2.0. Kajian tinjauan ini melibatkan seramai 40 orang guru sekolah kurang murid di daerah Alor Gajah, Melaka sebagai responden bertujuan untuk mengenalpasti tahap kebolehlaksanaan program penjenamaan semula PBD 2.0. Dapatan kajian menunjukkan 4 aspek iaitu memenuhi hasrat, berdaya maju, praktikal dan lestari mempunyai skor min yang berada pada tahap tinggi. Manakala aspek boleh dilaksana menunjukkan skor min yang berada pada tahap sederhana. Ini menunjukkan program ini relevan untuk dilaksanakan namun memerlukan penambahbaikan dari segi latihan dan prasarana teknologi maklumat di sekolah. Program ini diharapkan dapat meningkatkan kompetensi guru-guru, menambah baik kualiti pentaksiran seterusnya meningkatkan prestasi murid.
Alternatif Dilde Özet: Alternatif dilde abstract bulunmamaktadır. (There is no abstract in another language.)

PDF Formatında İndir

Download PDF