image.jpg

Derginin Adı: The International Research Journal of Education and Sciences (IRJES)
Cilt: 2020/4
Sayı: 2
Makale Başlık: Kesediaan Sikap Guru Bahasa Melayu Dalam Program Peningkatan Profesionalisme Anjuran Pihak Luar
Makale Alternatif Dilde Başlık: Alternatif dilde başlık bulunmamaktadır. There is no article title in another language.)
Makale Eklenme Tarihi: 5.11.2020
Okunma Sayısı: 0
Makale Özeti: Program Peningkatan Profesionalisme merujuk kepada Komuniti Pembelajaran Profesionalisme @ Profesional Learning Community (PLC) sebagai wahana untuk mempertingkat kemahiran dalam bidang yang sama, tindakan untuk ingin tahu dan perkongsian maklumat. Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kesediaan sikap guru-guru bahasa Melayu dalam menghadiri program peningkatan profesionalisme untuk meningkatkan bahasa Melayu. Kajian ini juga melihat hubungan kesediaan dengan sikap guru bahasa Melayu dalam memberikan latihan di tempat kerja kemahiran berbahasa Melayu dipertingkat. Kajian tinjauan ini melibatkan seramai 50 orang responden kajian guru Bahasa Melayu dari setiap sekolah di Daerah Sepang yang melibatkan 12 buah sekolah. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan set soal selidik yang diubah suai daripada kajian Rohaida (2017) yang dinilai dengan alpha Cronbach. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Statistic Package for Social Science (SPSS) 25.0. Data dianalisis secara analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru bahasa Melayu telah bersedia untuk menghadiri program peningkatan profesionalisme dari aspek kesediaan sikap guru bahasa Melayu adalah tinggi dengan min 4.346, manakala kesediaan guru untuk mendapatkan program profesionalisme anjuran pihak luar masih tahap sederhana iaitu min 3.104. Kepentingan kajian ini adalah kepada guru, institusi pendidikan, dan masyarakat.
Alternatif Dilde Özet: Alternatif dilde abstract bulunmamaktadır. (There is no abstract in another language.)

PDF Formatında İndir

Download PDF