image.jpg

Derginin Adı: The International Research Journal of Education and Sciences (IRJES)
Cilt: 2020/4
Sayı: 2
Makale Başlık: Keberkesanan Pintar LiLin Dalam Meningkatkan Penguasaan Murid Terhadap Kemahiran Menulis Suku Kata Terbuka
Makale Alternatif Dilde Başlık: Alternatif dilde başlık bulunmamaktadır. There is no article title in another language.)
Makale Eklenme Tarihi: 5.11.2020
Okunma Sayısı: 0
Makale Özeti: PINTAR LiLIN merupakan bahan intervensi yang diaplikasikan dalam kajian ini untuk meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran menulis suku kata terbuka Bahasa Melayu. Pintar Literasi LINUS atau nama singkatannya PINTAR LiLIN yang dihasilkan dengan mengaplikasikan gabungan ketiga-tiga elemen iaitu (1) visual, (2) auditori dan (3) kinestatik. Kajian ini bertujuan untuk meneroka keberkesanan PINTAR LiLIN dalam meningkatkan pencapaian murid terhadap kemahiran menulis suku kata terbuka. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Lokasi kajian di salah sebuah sekolah kebangsaan di daerah Jempol, Negeri Sembilan. Ia melibatkan 5 orang murid Tahun 2 yang hanya melepasi konstruk 1 dan konstruk 2 dalam Saringan Literasi LINUS 2018. Instrumen yang digunakan adalah Ujian Pra dan Pos, dan PINTAR LiLIN. Berdasarkan hasil dapatan Ujian Pra menunjukkan markah tertinggi yang diperolehi oleh murid adalah 8 daripada 15 soalan dan markah terrendah yang diperolehi oleh murid ialah 2 daripada 15 soalan. Ujian Pos pula menunjukkan markah tertinggi yang diperolehi ialah 15 daripada 15 soalan dan markah terrendah ialah 6 daripada 15 soalan. Oleh itu, dapatan kajian menunjukkan berlaku peningkatan pencapaian murid terhadap suku kata terbuka dengan menggunakan PINTAR LiLIN. Maka kajian ini menunjukkan PINTAR LiLIN dapat meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran menulis suku kata terbuka. Kajian ini memberi implikasi kepada murid untuk lebih seronok belajar dengan mengaplikasikan PINTAR LiLIN dan dapat meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menulis suku kata.
Alternatif Dilde Özet: Alternatif dilde abstract bulunmamaktadır. (There is no abstract in another language.)

PDF Formatında İndir

Download PDF