image.jpg

Derginin Adı: The International Research Journal of Education and Sciences (IRJES)
Cilt: 2021/5
Sayı: 2
Makale Başlık: Hubungan Kefahaman Konsep “4c” Dan Amalan Dalam Kalangan Guru Novis Pulau Pinang
Makale Alternatif Dilde Başlık: Alternatif dilde başlık bulunmamaktadır. There is no article title in another language.)
Makale Eklenme Tarihi: 20.11.2021
Okunma Sayısı: 0
Makale Özeti: Penerimaan ciri-ciri pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan guru didapati masih pada tahap sederhana terutama aspek aplikasi 4C. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meninjau kefahaman konsep “4C” dan amalan dalam kalangan guru novis Pulau Pinang. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Data kajian diperoleh daripada soal selidik yang telah di-e-melkan kepada responden yang terdiri daripada 128 orang guru novis Pulau Pinang melalui persampelan bertujuan (purposive sampling). Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science versi 25. Min, sisihan piawai, ujian t, anova dan korelasi Pearson digunakan untuk menjawab soalan-soalan kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap kefahaman 4C dalam kalangan guru novis adalah tinggi (3.13) dan tahap amalan 4C juga tinggi (3.20). Keputusan ujian t pula menzahirkan tidak wujud perbezaan yang signifikan dari segi kefahaman tentang 4C (0.073) dan amalan 4C dalam kalangan guru novis mengikut jantina (0.445). Manakala keputusan ujian anova juga menzahirkan tidak wujud perbezaan yang signifikan dari segi kefahaman 4C (0.348) dan amalan 4C (0.161) dalam kalangan guru novis mengikut pengalaman mengajar. Manakala ujian korelasi menunjukkan hubungan yang signifikan dan positif yang sangat kuat pada nilai r = 0.802. Walaupun begitu pihak KPM masih ada ruang untuk membuat penambahbaikan kefahaman dan amalan 4C dalam kalangan guru novis melalui Kursus Pembangunan Profesional Berterusan. Para penyelidik berpeluang untuk membuat kajian impak latihan yang diberikan terhadap kefahaman dan amalan 4C.
Alternatif Dilde Özet: Alternatif dilde abstract bulunmamaktadır. (There is no abstract in another language.)

PDF Formatında İndir

Download PDF